Thursday, May 1, 2008

JOM BELAJAR DARI AL-QUR'AN!



FIKIRKAN SITUASI INI

“ Amin, Amin dah 10 tahun, jadi Amin dah kena sembahyang, tak boleh tinggal-tinggal lagi tau. Kalau Amin sembahyang, nanti boleh masuk syurga”

Atau

“Amin, Amin dah 10tahun, jadi Amin kena sembahyang , tak boleh tinggal-tinggal lagi tau. Kalau Amin tak sembahyang, nanti masuk neraka, kena bakar dengan api panas”

Ini adalah contoh ayat saranan yang juga boleh dikatakan arahan yang diberikan oleh seorang ibu atau bapa kepada anaknya. Cuba anda fikirkan, ayat yang mana yang akan memberikan kesan kepada anaknya untuk menunaikan sembahyang?

TAKUT ITU SIFAT MANUSIA

Secara fitrahnya, manusia biasanya takut jika dirinya diancam dengan bermacam-macam kesusahan dan kemalangan. Lantas perasaan takut itu akan mendorong mereka untuk lebih berwaspada agar tidak ditimpa bahaya atau kecelakaan yang dimaksudkan. Berbanding dengan jika diingatkan dengan nikmat-nikmat serta ganjaran yang dijanjikan, manusia selalunya agak kurang terdorong untuk melakukannya kerana bagi mereka, mereka masih punya pilihan untuk tidak melakukannya.

Apa yang ingin saya kaitkan adalah bagaimana Al-Quran mengajar kita untuk menjadi seorang pendidik. Jadi, kita perlu melihat bagaimana cara Allah mendidik kita melalui Al-Quran. Jika anda perhatikan setelitinya susunan ayat-ayat Al-Quran dalam setiap surah, anda akan dapati ayat-ayat yang berupa ancaman kepada manusia didahulukan daripada ayat-ayat yang berupa nikmat Allah kepada hambanya yang taat. Hal ini kerana, Allah mengetahui bahawa manusia biasanya lebih sensitive apabila menerima ancaman dengan hadirnya perasaan takut akan azab dan siksanya.

CONTOH 1: SURAH AN-NABA’

“sesungguhnya, neraka Jahanam itu dijadikan tempat mengintai bagi penjaga neraka.Menjadi tempat kembali bagi orang yang melampaui batas.mereka tinggal dalam masa yang lama.Mereka tidak merasa kesejukan di dalamnya dan tidak pula mendapat minuman selain air yang mendidih dan bernanah”(21-25)

Kemudian diikuti:

“sungguh, orang yang bertakwa mendapat kemenangan.Iaitu kebun-kebun dan buah anggur.Dan gadis-gadis yang sedap sebaya.Dan gelas-gelas yang penuh berisi minuman.Di sana mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun dusta”(31-35)

CONTOH 2: SURAH AZ-ZUMAR

“Dikatakan kepada mereka: Masuklah pintu-pintu neraka Jahanam, kamu kekal di dalamnya.maka neraka jahanam itulah seburuk-buruk tempat kembali bagi orang-orang yang menyombongkan diri.”-72-

Kemudian diikuti:

“Dan orang-orang yang bertakwa pada Tuhannya,dihantar ke dalam syurga berombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke syurga dan pintu-pintunya telah dibukakan,penjaga-penjaganya berkata kepada mereka: kesejahteraan keatasmu,berbahagialah kamu!masuklah kamu dan kekallah di dalamnya” -73-

Begitulah juga apa yang terdapat dalam Surah At-Tatfif,surah At-Takwir, surah An-Nazi’at, dan beberapa surah yang lain yang menggunakan kaedah yang sama. Saya mencadangkan, apabila anda membaca Al-Qur’an ,bacalah bersama tafsirnya. Di situ anda akan dapat melihat hikmah cara ayat-ayat Al-Qur’an diturunkan.
Kesimpulannya, jadi untuk situasi yang saya letakkan di atas, biasanya seorang anak akan menunaikan sembahyang apabila diingatkan dengan ancaman yang menakutkan berbanding diingatkan dengan nikmat syurga itu.Cubalah lakukan!

Maka,pada pendapat saya, ikutilah cara Allah mendidik kita melalui Al-Qur’an untuk kita mengamalkannya ketika mendidik orang lain. InsyaAllah. Semoga Berjaya!

Thursday, April 10, 2008

TOP UP



“Maaf,baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan”..Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit.Selalunya,apabila kita ingin membuat panggilan,lebih-lebih lagi kepada yang tersayang,apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon,kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan ‘topup’.Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh.Tetapi,pernah x kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?Cuba kita bayangkan.Satu hari,satu suara berkata kepada kita..“Maaf,pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”.Pernah x kita berfikir seperti itu?.Bayangkan di hari kebangkitan nanti,perkataan seperti itu diucapkan kepada kita.Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu?Apakah kita masih boleh men ‘top-up’ pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung.Bayangkan rasa kecewa yang menyelebungi diri kita,melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia,kecewa dalam interview,kecewa dalam kerja,dalam segalanya.


Kita selalu menangis apabila kita kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita.Tetapi,pernah x sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita.Pernah x kita mendengar kisah-kisah para alim ulama’,tabi’ tabii’n dahulu,yang selalu menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit.Sedangkan kita?Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata.Tetapi,apabila kekasih kita meninggalkan kita,sampai bengkak mata kita menangis.Betapa lemahnya iman kita..Ingatkah kita akan kisah Syadad bin Aus?Kenal siapa Syadad bin Aus?Kata Abu Darda’ ..“Setiap umat ada orang fakih,dan antara orang fakih umat ini ialah Syadad bin Aus”.Kembali kepada kisah Syadad bin Aus.Satu malam,Syadad bin Aus hendak tidur,tetapi dia tidak dapat tidur dan hatinya gelisah.Maka dia berkata “Ya Allah,nerakaMu menyebabkan aku berjaga malam,dan hilangkanlah daripadaku rasa mengantuk ini”.Lalu,beliau bangkit dan solat sehingga Subuh.Kisah bagaimana seorang Fakih yang takutkan neraka sehingga x tidur malam..Adakah sekuat itu iman kita?Sahabat-sahabat kita di Palestin berjuang mengangkat senjata dan bermati-matian menentang golongan kuffar,dan kita?Hendak mengangkat mata dan selimut untuk pergi solat Subuh berjemaah pun kita x mampu,inikan pula hendak pergi berperang.Mari kita sama-sama muhasabah diri kita..


Suka untuk saya bercerita kisah seorang sahabat Nabi bernama Amir bin Said.Pada zaman pemerintahan khalifah Saidina Umar al-Khattab.Ketika itu,beliau baru sahaja mendirikan rumah tangga.Saidina Umar hendak melantik seseorang untuk menjadi Gabenor di negara Kufah.Dengan berasaskan takwa,Saidina Umar menawarkan jawatan tersebut kepada Amir bin Said,tetapi beliau menolak kerana amanah tersebut terlalu berat bagi beliau.Saidina Umar berkata kembali “Kenapa kamu memilih aku menjadi khalifah sedangkan kamu tidak di belakang aku?”.Akhirnya,Amir bin Said menerima jawatan tersebut dan Saidina Umar memberikan kepada beliau sejumlah wang untuk beliau bertugas sebagai Gabenor di Kufah.Said bin Amir sebaliknya tidak menggunakan wang tersebut untuk dirinya,bahkan bersedekah kepada fakir miskin.Ketika menjadi gabenor di Kufah,pernah penduduk Kufah membuat aduan tentang kepimpinan beliau.Penduduk Kufah mengadu tentang 3 perkara ; pertama,Said bin Umar x keluar dua kali dalam masa sebulan.kedua,beliau lambat keluar untuk bertugas pada waktu pagi dan ketiga,beliau x keluar pada waktu malam.Dengan tawaddu’ Said bin Amir menjawab aduan-aduan tersebut.Beliau tidak keluar dua kali sebulan kerana beliau hanya mempunyai pakaian sehelai sepinggang.Dua hari itu digunakan untuk membasuh dan mengeringkan pakaian beliau.Beliau keluar lambat pada waktu pagi kerana beliau tidak mempunyai khadam atau hamba.Beliau dan isterinya melakukan sendiri semua kerja-kerja rumah.Beliau tidak keluar pada waktu malam kerana beliau memperuntukkan malam beliau hanya untuk beribadat kepada Allah.


Itulah satu contoh kepimpinan dan tauladan yang sepatutnya kita contohi.Walaupun bergelar gabenor,beliau tidak bermegah-megah dengan jawatan itu,bahkan semakin tawaddu’ dan rendah diri.Hendaklah kita memperuntukkan malam kita untuk beribadat kepada Rabb al-Jalil dan tidak mengisi sepenuhnya malam kita untuk melunaskan permintaan manusia kerana untuk memenuhi kehendak semua orang adalah sesuatu benda yang tak mungkin tercapai.Ubatilah hati kita selagi peluang bertaubat masih terbentang dan janganlah menunggu sehingga terbentangnya maksiat-maksiat kita di hari akhirat,baru kita hendak menyesal kerana seperti pepatah melayu “sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna”


Berkata ulama’,terdapat 9 perkara yang boleh islah(ubah) hati :

1.Membaca al-Quran dengan tadabbur dan memahami maknanya.

2.Mengosongkan perut dengan mengurangkan makan

3.Bangun malam dengan beribadat

4.Bermunajat pada waktu sahur

5.Berdamping dengan orang Soleh

6.Diam daripada perkara-perkara tidak bermanfaat

7.Uzlah daripada orang jahil

8.Jangan selalu bersama mereka(orang jahil)

9.Makan benda yang halal


Untuk akhirnya,marilah kita sama-sama merenung dan menangisi dosa-dosa kita lakukan.Tidak rugi untuk menitiskan air mata kita kerana takutkan Allah kerana titis-titis air mata kita dan amalan-amalan baik kita umpama ‘top-up’ yang akan mengisi ‘kredit’ untuk kita pada hari perhitungan nanti,insyaALLAH..Wallahu’alam..


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,gementar hatinya..dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka..bertambah(kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal”

(Al-Anfal,2)


Rujukan : Terjemahan al-Quran,Kitab Fathul Mubin Bi Syarhi Arbai’in, Kitab Al- Jawahir Al-Lu’lu’iyah Fi Syarhi Arbai’in An-Nawawiyah.


kiriman: akh al-mansourah



Monday, March 24, 2008

NUHIBBUKA YA MUHAMMAD!

janggut baginda Rasulullah saw

Tangisan Rasulullah menggegarkanUntuk renungan bersama. Semoga bermanfaat. Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.
"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi:
"Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?" "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab!
Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya. "Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a..w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:
"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya." Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah.
Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu.
"Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Jan ggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!"
Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut, lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. " Kalau tidak keberatan.... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia... "

Saturday, March 1, 2008

WUJUD CINTA UNTUK SANG RASUL




Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. [3.144]


Hari itu pada Haji Wada’, sebuah ayat turun, “Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuridhai Islam menjadi agama bagimu”. Para Sahabat bergembira, mereka bersorak “Agama kita telah sempurna, agama kita telah sempurna”. Kegembiraan yang memuncaki 23 tahun perjuangan dengan segenap suka dan duka. Di tengah kerumunan manusia pada hari Haji itu, seorang sahabat mulia justru bersedih. Abu Bakar As-Siddiq, perasaannya yang halus, dan dengan segenap keistimewaan yang ia miliki, ia menangis. Ia memahami di balik kesempurnaan pasti ada kesudahan. Ia menyadari, tidak lama lagi Sang Rasul yang dicintai akan meninggalkan dunia, meninggalkan para sahabat, kembali ke pangkuan Allah SWT.


Tangis sedih Abu Bakar didengar para sahabat. Setelah Abu Bakar menjelaskan mengapa ia menangis, para sahabat pun menangis. Betapa menyedihkan, Sang Kekasih tercinta, bertahun-tahun hidup dan berjuang bersama, segenap kesulitan dan kemudahan dilalui dalam persaudaraan yang tak ada duanya, tidak lama lagi akan tiada, meninggalkan dunia yang fana.


Mengetahu para sahabat menangis, Rasulullah bergegas mendatangi mereka. Di depan para sahabat Rasulullah S.A.W. berkata:" Semua yang dikatakan Abu Bakar r.a adalah benar dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat”. Mendengar perkataan Sang Rasul, Abu Bakar kembali menangis hingga kemudian tak sadarkan diri, tubuh Ali ibn Abi Thalib bergetar, dan sahabat lainnya menangis dengan sekuat yang mereka bisa.


Beberapa masa kemudian Rasullullah sakit. Kota Madinah berada dalam suasana kesedihan. Di suatu Subuh, setelah adzan, Bilal ibn Rabah bergegas menuju kediaman Rasullullah, di sana Fatimah menyambut Bilal dan berkata, “Jangan Kau ganggu Rasullullah, kondisinya sedang payah”. Bilal kembali ke masjid, di sana masih tak ada yang sanggup menggantikan Sang Rasul menjadi imam shalat subuh. Semua yang hadir di masjid diselimuti kesedihan. Kali kedua, Bilal kembali mendatangi kediaman Nabi, dan Fatimah kembali mencegah Bilal bertemu Nabi karena kondisi Nabi sedang buruk. Bilal menjawab, “Subuh hampir tiada, tak ada yang dapat memimpin shalat”. Dari dalam kamar Rasulullah mendengar percakapan tersebut dan mememerintahkan agar Abu Bakar menjadi imam shalat Subuh. “Abu Bakar terus menangis” seru Bilal. Rasululah pun bergegas ke masjid dipapah oleh para sahabat.


Masjid penuh sesak oleh kaum Muhajirin beserta Anshar. Ada sosok cinta di sana, kekasih yang baru saja terbangun dari sakitnya, yang membuat semua sahabat tak melewatkan kesempatan ini. Setelah mengimami shalat, nabi berdiri di atas mimbar. Suaranya basah, menyenandungkan puji dan kesyukuran kepada Allah yang Maha Pengasih. Senyap segera saja datang, mulut para sahabat tertutup rapat, semua menajamkan pendengaran menuntaskan kerinduan pada suara sang Nabi yang baru berada lagi. Semua menyiapkan hati, untuk disentuh serangkai hikmah.


Selanjutnya Nabi bertanya, “Wahai sahabat, kalian tahu umurku tak akan lagi panjang, Siapakah di antara kalian yang pernah merasa teraniaya oleh si lemah ini, bangkitlah sekarang untuk mengambil kisas, jangan kau tunggu hingga kiamat menjelang, karena sekarang itu lebih baik”. Semua yang hadir terdiam, semua mata menatap Nabi yang terlihat lemah. Tak akan pernah ada dalam benak mereka perilaku Nabi yang terlihat janggal. Apapun yang dilakukan Nabi, selalu saja indah. Segala hal yang diperintahkannya, selalu membuihkan bening sari pati cinta. Tak akan rela sampai bila-bilapun, ada yang menyentuhnya meski hanya secuil jari kaki. Apapun akan digadaikan untuk membela Al-Musthafa.


Melihat semua yang terdiam, nabi mengulangi lagi ucapannya, kali ini suaranya terdengar lebih keras. Masih saja para sahabat duduk tenang. Hingga ucapan yang ketiga kali, seorang laki-laki berdiri menuju Nabi. Dialah Ukasyah Ibnu Muhsin.“Ya Rasul Allah, Dulu aku pernah bersamamu di perang Badar. Ketika kamu meluruskan barisan pada perang Badar, kamu telah memukul dadaku dengan tongkatmu. Aku ingin menuntut balas kepadamu hari ini”.


Baginda terdiam seketika, lalu berkata, “ke sinilah dan tuntutlah balas daripadaku”. Ukasyah pun mengambil tongkat seperti tongkat Nabi, lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah, pada hari itu(hari kamu memukulku), tiada sesuatu apa pun yang menutupi dadaku! Oleh sebab itu, buka dadamu untuk balasanku ini”.(subhanallah)


Lalu Rasulullah SAW membuka dadanya yang mulia itu. Setelah itu, datanglah Ukasyah dengan meletakkan tongkatnya, kemudian dia meletakkan wajah, mata dan janggutnya pada dada Rasulullah sambil menangis. Manakala orang ramai pun turut menangis melihatkan kejadian itu.


Ada pun berkaitan harta yang ditinggalkan Baginda, maka Aisyah berkata: “rasulullah SAW telah meninggalkan 7 keping wang dinar. Baginda datang dengan membawa wang dinar tersebut sebelum mati dan berkata: “aku memiliki 7 keping wang dinar. Bagaimana denngan aku jika aku bertemu ALLAH, aku masih memiliki wang tersebut?”. Maka Baginda memerintahkan supaya dibahagikan wang tersebut kepada fakir miskin. Baginda tidak meniggalkan harta sedikit pun dan tiada ahli warisnya yang dapat mewarisi hartanya termasuk Fatimah (ini merupakan pendapat yang sahih).


Sehari atau 2 hari sebelum Rasulullah wafat, Fatimah datang menziarahinya pada waktu Baginda sedang sakit. Menjadi kebiasaan Rasulullah, Baginda akan menyambutnya dengan berdiri di hadapan pintu, mencium kening Fatimah lalu mempersilakan dia duduk di tempat Baginda. Dan jika Baginda menziarahinya, Fatimah akan memberikan layanan yang serupa. Namun, pada waktu sakit ini, Baginda tidak mampu menyambutnya. Baginda hanya dapat melihat Fatimah dan dia pun membalas pandangannya. Baginda menangis dan Fatimah pun menangis. Akhirnya Baginda berkata: “mendekatlah kepadaku,” maka Fatimah pun mendekatkan kepalanya di samping mulut Baginda.


Rasulullah berkata: “aku akan wafat pada sakitku ini,” mendengar bisikan tersebut, Fatimah pun menangis. Lalu Baginda berkata: “kamu adalah orang pertama yang akan bertemu denganku,” hingga akhirnya Fatimah pun tertawa.


Berkata Aisyah: “ketika roh Nabi Muhammad pergi, maka kepala Baginda miring ke sebelah, roh keluar melalui mulut Baginda bagaikan titisan air yang sejuk, bersih dan suci, iaitu bagaikan air yang berasal dari awan.”


Dengan cara tersebut, Rasulullah SAW wafat. Semua penduduk Madinah, baik lelaki, perempuan mahu pun kanak-kanak, semuanya menangisi pemergian Sang Agung. Rumah Baginda pun dipenuhi dengan rasa dukacita yang mendalam.


Waktu itu, Abu Bakar dan kudanya sedang berada di kawasan al-Awali, ketika mendengar berita tersebut, maka dia menunggang kudanya menuju ke rumah Baginda. ALLAH telah menetapkan ketenangan jiwa pada diri Abu Bakar, dia datang tanpa menitiskan air mata dan tidak menangis sedangkan dia adalah seorang yang lembut dan mudah menangis. Dia datang menghampiri jasad Rasulullah dan membuka wajah Baginda yang putih berseri, mendekatinya lalu dia mencium pipi Baginda hingga akhirnya air mata Abu Bakar jatuh berderai. Dia berkata: “Demi ALLAH, tiada orang yang lebih baik daripadamu ketika kamu hidup dan tiada orang yang lebih baik daripadamu ketika kamu mati.” Dengan kesabaran dan ketenangan hati, dia keluar ke masjid, naik ke atas mimbar lalu berkata kepada Umar yang sedang berteriak kepada para manusia: “bertenanglah atas kematian Rasul kamu!”


Ketika Rasulullah SAW wafat, Umar al-Khattab berdiri sambil berkata: “sesungguhnya seorang munafiq telah berprasangka bahawa Rasulullah telah wafat, namun Baginda pergi bertemu Tuhannya seperti yang berlaku pada Nabi Musa. Sesungguhnya dia (Nabi Musa) telah pergi dari kaumnya selama 40 hari, lalu dia kembali kepada mereka setelah dikatakan dia telah mati. Demi ALLAH, Rasulullah akan kemblai kepada kita seperti kembalinya Nabi Musa. Aku akan memotong tangan dan kaki orang yang mengatakan bahawa Rasulullah telah wafat!”


Sehinggalah Abu Bakar berbicara, maka Umar terduduk dan terdiam, orang ramai pun ikut terdiam. “wahai sekalian manusia! Sesiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad itu telah mati. Dan sesiapa yang menyembah ALLAH, sesungguhnya ALLAH tetap hidup dan tidak akan mati.”


Lalu Abu Bakar membaca firman ALLAH [3.144]

Berkata Umar: Demi ALLAH, aku tidak pernah mendengar ayat tersebut kecuali Abu Bakar telah membacanya. Aku tercengang hingga aku terjatuh ke tanah, kedua kakiku tidak mampu menahan badanku. Aku baru sedar bahawa Rasulullah telah wafat.


Lalu Baginda Rasulullah SAW dimakamkan di dalam bilik Aisyah kerana Abu Bakar pernah mendengar dari Rasulullah, Baginda berkata: “tidaklah ALLAH mencabut roh seseorang Nabi kecuali di tempat di mana dia suka untuk dikuburkan di tempat itu.”

PENGAJARAN:

1. ALLAH adalah zat yang Hidup selama-lamanya, tidak akan mati manakala semua benda hidup di dunia ini akan mati. Ingat dan tunggulah saat kematian, bersiap-sedialah kerana kematian boleh datang bila-bila masa saja.

2. Sesungguhnya jasad Muhammad itu telah mati, namun ajaran Islam yang dibawanya tetap diamalkan hingga hari kiamat nanti.


Betapa besar cinta para sahabat kepada Sang Rasul…
Berapa besarkah cinta kita ?

sumber: Kisah Kerasulan Nabi Muhammad SAW (intisari dari sirah) karangan Dr Aidh bin Abdullah Al- Qarni

from: http://syaharuddinyusub.blogspot.com/

Friday, February 22, 2008

BILA TERASA MALU..


Cuba kita bayangkan...

1.Satu hari,kita diberi tanggungjawab untuk menjayakan satu persembahan yang akan dihadiri ribuan orang.Tiba-tiba,sewaktu kita menjayakan persembahan tu,contohnya nasyid,bila tiba turn kita,suara tiba-tiba x ada..

2.Satu hari,kita keluar asrama curi-curi pada waktu dan dengan cara yang x sepatutnya.Tiba-tiba,pak guard mengesan kita,lalu menangkap dan melaporkan kepada guru disiplin.Esoknya,waktu perhimpunan.kita dipanggil ke hadapan untuk menerima hukuman,di depan ribuan pelajar..

Ini antara contoh yang dapat saya tuliskan.Banyak lagi contoh lain yang mungkin terjadi dalam hidup saya dan sahabat-sahabat semua.Persoalannya di sini,apakah perasaan sahabat semua apabila mengalami situasi seperti ini?Ya...pandai pun...mesti berasa malu kan?X pe..x salah pun kita malu,sebab memang normal la kalau malu.Jangan la sorok-sorok,orang lain mungkin x tahu,tapi ingat ye,Dia tahu..

Berbalik kepada tajuk asal..bila terasa malu..Apakah kesan malu tersebut kepada diri kita?Mungkin selepas kejadian tu,kita x dapat tidur malam dan rasa gelisah “Mana aku nak letak muka aku ni?”Mungkin begitu fikiran sahabat semua,walaupun orang lain x rasa apa-apa pun..Betul x?

Itu apabila kita berasa malu dengan manusia.Sentiasa cari jalan untuk mengelakkan aib diri sendiri.Tapi pernah x kita berfikir,termasuk diri saya dan sahabat-sahabat semua,untuk kita malu kepada Allah S.W.T?Contohnya,seorang perempuan yang baru pulang dari salun rambut dan kemudian menayangkan fashion rambut ‘rebonding’nya dengan penuh bangga dan sombong.”Lihatlah manusia,cantik kan rambutku ini”..Ingatkan kita berasa malu,apabila kita melanggar perintah Allah,x memakai hijab,tetapi kita berbangga pulak.Kalau yang lelaki,sewaktu bersukan dan waktu-waktu lain,dengan bangganya kita menayangkan sebahagian peha kita kepada orang.Tak mengapa kalau kita x malu orang melihatnya,tapi ‘at least’ kita sedar bahawa Rabbi kita,Tuhan Penguasa Alam,sentiasa memerhatikan kita.Cuba kita imagine,kita dipanggil menghadap raja,dan kita memakai seluar pendek.

Rasa janggal x?Silap-silap hari bulan,raja pulak murka kepada kita.Itu raja,tapi dengan Allah?Ingatkah kita,yang kita tetap seorang hamba walaupun kita raja?Tidak ada beza seseorang di sisi Allah melainkan iman dan takwanya...

Diriwayatkan dari Imam Ahmad dan Tarmizi,Rasulullah S.A.W bersabda kepada sahabat baginda “Malulah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar malu”.Dan Baginda mengulangi perkataan tersebut berulang-ulang kali.Para sahabat menjawab “Sesungguhnya kami telah malu,wahai Nabi Allah,alhamdulillah”.Maka Baginda bersabda kembali “Bukan itu aku maksudkan,kerana malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu adalah menjaga kepala dan apa yang ada di kepala,menjaga perut dan kandungannya,dan mengingati mati serta hari ditimpa bencana.Maka sesiapa melakukannya,maka dia telah malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu”.Kemudian,Baginda mengulang-ngulang kata-kata Baginda sehingga menangis para sahabat.

Kita seharusnya berasa malu kepada Allah lebih dari rasa malu kita kepada manusia.Sesetengah daripada kita,termasuk diri saya sendiri,kadang-kadang malu yang bukan pada tempatnya.Contohnya,ketika x faham apa yang diajarkan di kuliah,kita malu hendak bertanya,tetapi kita x malu untuk bercakap-cakap kosong di belakang pensyarah sewaktu dia sedang mengajar.Kita malu untuk menyumbangkan sedikit duit kepada peminta-peminta sedekah di tepi-tepi jalan,tetapi kita x malu untuk membazirkan duit kita untuk benda yang hanya memberi kepuasan nafsu kita.Kita malu,apabila orang berkata sesuatu keburukan diri kita,tertapi kita x malu apabila mengkritik orang lain di belakang dia.Kita malu untuk pergi ke kelas-kelas agama dan ilmu,dengan alasan “Aku belum bersedia”,tetapi kita x malu untuk menghabiskan masa hampir separuh hari untuk window shopping yang x mendatangkan manfaat.Banyak lagi contoh yang berkaitan dengannya.Ini semua memang tejadi dalam kehidupan seharian kita kan?Jangan bimbang,x salah kita mengakuinya.Sebagai muhasabah untuk diri kita.Ubatnya?Bukan paracetamol,bukan quinolone,bukan rifampin dan bukan segala jenis ubat yang dijual di pasaran,tetapi istighfar dan kembali ke jalanNya..


Berkata Saidatina A’isyah R.A “Sebaik-baik wanita ialah wanita Ansar,yang mana,malu tidak menegah mereka daripada bertanyakan tentang bab agama”

Satu hari telah pergi Umm Sulaim telah datang kepada Rasulullah S.A.W dan berkata “Sesungguhnya Allah tidak malu untuk menyatakan kebenaran,adakah seorang wanita perlu mandi wajib apabila dia bermimpi?” Sabda Rasulullah S.A.W “Ya,apabila dia melihat air(mani)” (Hadis Riwayat Bukhari)

Dua hadis di atas menunjukkan bahawa dalam menuntut ilmu kita x perlu untuk berasa malu bahkan perlu berlumba-lumba untuk mencari ilmu terutamanya ilmu agama.

Ramai orang berfikir bahawa sifat malu dan sederhana itu bermaksud mengelakkan diri daripada bercakap,walaupun dalam tujuan untuk menyatakan kebenaran,menegah kemungkaran atau untuk mempelajari hukum-hukum Allah.Ini adalah suatu konsep yang salah.Rasulullah S.A.W sendiri merupakan seorang yang pemalu, melebihi malunya seorang gadis yang berada di sebalik tirai., tetapi ini tidak menghalang Baginda untuk menegah kemungkaran.

Konklusinya, kita hendaklah meletakkan malu pada tempat yang sewajarnya, terutamanya dalam hubungan kita dengan Allah. Jangan bimbang jika kita malu atau dimalukan di dunia,tetapi bimbanglah jika kita dimalukan di hari pembalasan nanti. Wallahu’alam..

“Jangan malu untuk berubah,tetapi malulah untuk kekal dalam kelalaian”

“Malu itu cabang daripada iman”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Berkata Fudhil bin Iyad “Lima daripada tanda-tanda kecelakaan : Hati yang keras,keringnya mata(kerana terlalu sedikit menangis takutkan Allah),kurang rasa malu,cintakan dunia dan panjang cita-cita”



Rujukan : Kitab al-Fathu Mubin Bi Syarhi Arbai’in,Kitab al-Jawahir al-Lu’lu’iyah Fi Syarhi Arbai’in An-Nawawiyah dan Clarifying The Hidden Significance Of The Forty Nawawy Hadiths.

kiriman: akh al-mansourah

Sunday, February 10, 2008

PERSOALAN DEMI PERSOALAN






Assalamualaikum…

Saya sering tertanya apa yang boleh saya lakukan untuk membantu saudara-saudara seIslam kita di Palestin. Saya yakin ramai lagi rakan-rakan di luar sana yang juga turut diselubungi oleh pertanyaan yang sedemikian. Hendak turut mengangkat senjata agak mustahil kerana halangan-halangan tertentu. Sedih rasa dihati melihat penderitaan saudara-saudara kita di Palestin. Malah, bukan di Palestin sahaja, turut merasai sengsara saudara-saudara kita di tempat lain seperti Iraq, Afghanistan dan sebagainya. Fortunately, I found this song, Untukmu Palestin by Raihan. Then, alhamdulillah I got the answer for my question. I know what can we do in order to help them. How can I be so forgetful that Umat Islam have their own powerful weapon which is the Doa. Let me share with you the song. And I hope all of you can understand and realize what is the message behind this song that Raihan tries to deliver.

Berdzikirlah dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita dimakbulkan
Agar Palestin kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air
Kebenaran Al-Quran dan sunnah

Palestina kan dimiliki lagi
Ingatkan Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh

Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan menambahkan ketaqwaan
Pada Allah yang Maha Kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin...
Palestin...


Nah, sekarang sudah terang lagi bersuluh apa yang boleh kita lakukan untuk menegakkan kebenaran kan. Dan percayalah Allah sentiasa bersama mereka yang berada dalam landasan kebenaran.

Satu lagi persoalan yang sering bermain di fikiran saya ialah kenapa hanya dunia Islam yang menjadi sasaran pemusnahan? Kenapa harus mereka mengacau kedamaian kita sedangkan we’ve done nothing to them. Akhirnya, saya terbaca satu hadis Nabi Muhammad SAW mengenai perkara ini. Rupa-rupanya baginda Nabi telah mengetahui perkara ini akan menimpa umat Islam. Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengutuskan Rasulullah sebagai pembawa risalah kebenaran.

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda:
”Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya, ”Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab,”Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun kamu terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ’wahan’”. Seorang sahabat bertanya:” Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi menjawab: ”Cinta pada dunia dan takut mati.
(Hadis Riwayat Abu Daud)


Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta(1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum Muslimin itu sendiri, iaitulah dari penyakit ’wahan’ yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu ’cinta dunia’ dan ’takut mati’.

Kalau dilihat ekoran daripada penyakit ’wahan’ tersebut, bagaimana pejuang-pejuang Islam yang berpegang pada kalimah lailahaillAllah dapat dilahirkan??

Satu petikan yang ingin saya kongsi daripada novel Ketika Cinta Bertasbih yang sangat berbekas di hati saya ialah:

"La yukhriju asy syahwata illa khaufun muz’ijun aw syauqun muqliqun"
-Ibnu Athaillah-
Mksdnya: Tidak ada yang dpt mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu pada Allah yang membuat hati merana.

InsyaAllah, renungkan dan ambil sesuatu daripada kata-kata hikmah di atas.....

Wallahualam.

Sunday, January 27, 2008

KERANA SYAHADAH AKU DAEI



“ duhai sahabat, aku rindukan gerak bibirmu yang basah dengan kalam yang penuh peringatan, aku rindukan wajahmu yang bersih dan tenang yang mengingatkan aku kepada wajah ahli-ahli syurga, dan aku mengimpikan agar kita bisa berpimpinan menelusuri jalan dakwah dan tarbiyyah sehinggalah nafas yang terakhir”

EPILOG

“ saf, petang nanti kita ada usrah, jangan lupa datang ya” pesan saya ketika terserempak safiya di café mahallah.

“ erm, tengoklah, ana macam banyak sikit kerja hari ni, apa-apa nanti ana inform enti balik”. Risau juga saya kerana takut-takut saf tidak lagi datang usrah kali ini. Hampir tiga kali dia tidak hadir usrah dan setiap kali itu saya terserempaknya di café mahallah duduk-duduk bersembang dengan kawan-kawannya ketika perjalanan saya ke masjid untuk ke usrah.

Saya pujuk-ujuk hati bersangka baik. Mungkin lepas itu dia punya tugasan penting untuk disiapkan. Namun sebagai saudara seusrah, ikatan akidah yang ada ,sedikit sebanyak menjentik hati saya tentang perubahan sahabt ini. Safiya, bukan orang biasa,.
Alhamdulillah, latarbelakang agamanya cukup mantap. Pernah diasuh dan terdidik di sebuah sekolah agama yang terkenal dengan melahirkan pelajar-pelajar aktif berdakwah. Apatahlagi dengan penampilannya bertudung litup dan dia jugalah yang mula mengajak saya beusrah. Katanya tarbiyyah ini macam nasi, sehari tak makan tak senang perut.

Safiya!

Hinggalah suatu hari..
“ iz, ana nak keluar usrah, ni bukan tempat ana “ gemuruh darah saya mendengarnya dan saya berusaha mencari secebis ketenangan agar amarah saya tidak menguasai emosi.

TARBIYYAH DAN FUTUR

Tulisan kali ini adalah berdasarkan catatan pengalaman. Lama juga saya mengambil masa untuk menulis tentang tarbiyyah dan futur ini kerana ingin mencari hikmah yang sesuai bagi menasihati sahabt-sahabt yang sudah tergelincir daripada jalan tabiyyah, futur. Jika anda pernah berusrah, munkin anda pernah melalui situasi di atas atau pernah mendengarnya.

Futurkah kita?

Cuba kita renungkan beberapa situasi di bawah :

1) Seorang sahabat mengirim mesej mengajak kita ke suatu ceramah agama atau penyampaian tazkirah, namun kita tidak mengendahkannya kerana malas ataupun dirasakan tidak penting. peliknya, kita lebih suka hadiri gathering ataupun perjumpaan yang duduk sembang-sembang,ketawa-ketawa. Lebih-lebih lagi bila berikhtilat lelaki dan perempuan.

2) Kita diajak untuk bersama-sama qiamullail berjemaah di masjid. Namun kita berasa teramat berat dan memilih untuk bersedap-sedap di atas katil.

3) Kita diajak untuk menyertai usrah dan kita beralasan dengan banyak komitmen lain seperti study atau ‘bisnes’ yang konon menguntungkan kita.

4) Seorang sahabat mengajak kita berpuasa esok namun kita beralasan nanti sakit perut dan susah hendak study. Tetapi sebenarnya, hati ini terlalu taksub hendak makan.

5) Jika dahulu kitalah yang mengimarahkan surau dan masjid, tetapi sekarang hendak berdiri dalam satu saf untuk berjemaah sudah terasa liat untuk melakukannya. Apatahlagi suka-suka pula solat dihujung-hujung waktu kerana dapat terus tunggu waktu solat yang seterusnya

6) Jika dahulu dalam sehari kita rajin membaca al-qur’an, paling kurang satu muka. Namun lama-lama kita sudah asyik dengan buku-buku sampingan, komik dan main games, itukan lebih menyeronokkan kita daripada menghadap al-qur’an.

7) Apabila orang menasihati kita atau bercakap sikit tentang bab agama, kita sudah berasa mual dan tidak enak. Kononnya tidak mahu jadi jumud sangat, biar Nampak selamba asalkan perkara yang wajib dalam agama kita masih buat. Sudah yakinkah dengan hanya amalan wajib kita dapat masuk syurga Allah?

8) Kehidupan kita semakin tidak terurus dan menjadi lagha. Terlalu banyak ketawa dan senda gurau yang berlebihan . jarang sekali kita mengeluarkan kata-kata yang bermanfaat.

9) apabila kita dirisik cinta si dia, kita mula menjadi lemah kerana melayan si dia. Tidak kiralah mesej mahupun telefon. Hingga nikmat ukhuwah dengan sahabat sendiri terasa pahit tetapi ukwah dengan si dia kita labelkan inilah ukhwah fillah. Cinta islamik ini saudara.

10) Kita sudah mula berasa malas dan tidak serius dalam pelajaran. Tutorial dan assignment sering diambil remeh dan hati terasa berat untuk mengulangkaji pelajaran. Kemudian,sudah mula berfikir bagaimana dapat ponteng kelas.

KEMBALILAH SAHABAT..

Kita bukanlah malaikat yang sentiasa tetap level imannya. Saya juga pernah goyah dengan ujian-ujian dunia. Namun, jika kita terus memilih untuk terus futur dan tidak mahu berubah, tiada siapa yang dapat membantu diri kita lagi.

saya percaya, antara kita ada yang mula bersa insaf dan ingin kembali kepada jalan tarbiyyah. Namun, kita masih gagal kerana hati mula mengeras. Cahaya iman sudah tidak lut untuk menembusi hati. Ada penawarnya sahabat! Korbanlah! Korbanlah! Korbanlah segala kehendak hati yang banyaknya dihasut syaitan. Ambillah suatu waktu yang hening, sujudlah dan dakaplah Al-Qur’an ke dada dan bacalah Al-Qur’an dengan namaNya. Sesungguhnya

“selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah mendekati kita”
Marilah kita mula melangkah kepadaNya!