Thursday, January 24, 2008

SALAM UKHWAH SALAM WEBLOG!



Alhamdulillah,

setelah beberapa lama bertangguh-tangguh untuk menyiapkan blog rasmi bagi ikhwah dan akhawa, akhirnya saya berpeluang mencuri masa untuk menyiapkannya. maaf kepada sahabat-sahabat yang rajin bertanya kepada saya tentang kewujudan blog ini kereana mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.

insyaAllah, selagi mana kita punya medium untuk berdakwah, kita harus sama-sama mengeksplotasikannya untuk menyeru saudara-saudara seakidah kepada yang makrufdan mencegah yang mungkar. agar di akhirat kelat, kita tidak akan terkulat-kulat di hadapan Allah menjawab kepada penghakimanNya tentang apa usaha dakwah yang telah kita lakukan.

jadi, saya mewakili sahabat-sahabat memilih laman internet ini untuk memantapkan lagi gerakan dakwah dan mengukuhkan lagi tarbiyyah. harapnya, jika antum punya tulisan-tulisan atau idea yang bermanfaat untuk dipersembahkan di blog ini, boleh terus hubungi saya di emel :

zinnera_111@yahoo.com

insyaAllah, kita sama-sama dapat mengimarahkan blog ini dengan nuansa islami yang dapat mendidik jiwa.

wallahua'alam

3 comments:

Akh_Iman_Kuantan said...
This comment has been removed by the author.
Akh_Iman_Kuantan said...

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi, selawat dan salam kepada junjungan kita Muhammad Rasulullah s.a.w.,para nabi dan rasul a.s. serta ahli keluarga dan para sahabat baginda r.a.

Ikhwah dan akhawat,
Ana rasa belum terlewat lagi untuk ana rakamkan ucapan tahniah kepada antum semua terutama kepada akh/ukht zinnera dan semua ikhwah/akhawat yang berusaha gigih menyumbang idea dan tenaga atas penubuhan blog ini, juga kepada pada peserta blog yang mendokong penubuhan dan penerusan blog ini. InsyaAllah ana harap blog ini akan menjadi pemangkin peningkatan iman dan amal syar'ie kita yang mana kedua-duanya merupakan essence dalam kejayaan tarbiyyah dan dakwah Islam.

Ana telah membaca rencana dan isu-isu yang dipostkan di blog ini (sehingga Mac). Bagi ana isinya amat bermanfaat dan menyentuh hati. Alhamdulillah ana percaya posts itu semua ditulis dengan hati para da'ie, yang lahir dari kefahaman terhadap dakwah Islam hasil didikan tarbiyyah yang berkesan.

Di sini ana ingin mengemukakan beberapa cadangan dan komen. Tapi terlebih dulu ana ingin meminta maaf kerana ana kurang arif dengan ruang lingkup blog ini.

Cadangan:
1) Pembukaan kepada musykilah dan persoalan dakwah yang dapat dikongsi bersama-sama - mungkin boleh ditonjolkan dengan lebih jelas
2) Iklan-iklan tentang program-program yang bukan berbentuk sirr seperti qiamullail di damai, iftar dan taalim.
3) Ayat-ayat Al-Quran dan hadith mingguan. Every week post one ayat Al-Quran untuk ditadabbur dan dihafaz. Begitu juga hadith. Make it formal.

Komen:
4) Program-program sirr, mungkin lebih elok dari segi amniyah jika tidak dinyatakan dengan zahir kerana blog ini agak open. Anybody can get access into this blog. Gunakan kiasan atau singkatan kalau perlu untuk mention. Dalam dakwah, ada benda yang menjadi kerahsiaan dan ada benda yang ditonjolkan. "Sirr at-Tanzim wa 'Alaniyat al-amal" InsyaAllah perkara ini tidak berat atau susah malah ia membuatkan dakwah ini menjadi bertambah manis.
Apa-apa yang baik itu dari Allah, mudah-mudahan dapat dimanfaatkan dan ana memohon maaf atas kesilapan yang ada.

p/s: kalau boleh background blog ini jgn pink, mungkin ikhwah rasa janggal untuk layari.

zaini_jb said...

Salam...ana selalu juga record ta'lim Ust Emran...kalau nak bg tahu ana...k,wslm