Friday, February 22, 2008

BILA TERASA MALU..


Cuba kita bayangkan...

1.Satu hari,kita diberi tanggungjawab untuk menjayakan satu persembahan yang akan dihadiri ribuan orang.Tiba-tiba,sewaktu kita menjayakan persembahan tu,contohnya nasyid,bila tiba turn kita,suara tiba-tiba x ada..

2.Satu hari,kita keluar asrama curi-curi pada waktu dan dengan cara yang x sepatutnya.Tiba-tiba,pak guard mengesan kita,lalu menangkap dan melaporkan kepada guru disiplin.Esoknya,waktu perhimpunan.kita dipanggil ke hadapan untuk menerima hukuman,di depan ribuan pelajar..

Ini antara contoh yang dapat saya tuliskan.Banyak lagi contoh lain yang mungkin terjadi dalam hidup saya dan sahabat-sahabat semua.Persoalannya di sini,apakah perasaan sahabat semua apabila mengalami situasi seperti ini?Ya...pandai pun...mesti berasa malu kan?X pe..x salah pun kita malu,sebab memang normal la kalau malu.Jangan la sorok-sorok,orang lain mungkin x tahu,tapi ingat ye,Dia tahu..

Berbalik kepada tajuk asal..bila terasa malu..Apakah kesan malu tersebut kepada diri kita?Mungkin selepas kejadian tu,kita x dapat tidur malam dan rasa gelisah “Mana aku nak letak muka aku ni?”Mungkin begitu fikiran sahabat semua,walaupun orang lain x rasa apa-apa pun..Betul x?

Itu apabila kita berasa malu dengan manusia.Sentiasa cari jalan untuk mengelakkan aib diri sendiri.Tapi pernah x kita berfikir,termasuk diri saya dan sahabat-sahabat semua,untuk kita malu kepada Allah S.W.T?Contohnya,seorang perempuan yang baru pulang dari salun rambut dan kemudian menayangkan fashion rambut ‘rebonding’nya dengan penuh bangga dan sombong.”Lihatlah manusia,cantik kan rambutku ini”..Ingatkan kita berasa malu,apabila kita melanggar perintah Allah,x memakai hijab,tetapi kita berbangga pulak.Kalau yang lelaki,sewaktu bersukan dan waktu-waktu lain,dengan bangganya kita menayangkan sebahagian peha kita kepada orang.Tak mengapa kalau kita x malu orang melihatnya,tapi ‘at least’ kita sedar bahawa Rabbi kita,Tuhan Penguasa Alam,sentiasa memerhatikan kita.Cuba kita imagine,kita dipanggil menghadap raja,dan kita memakai seluar pendek.

Rasa janggal x?Silap-silap hari bulan,raja pulak murka kepada kita.Itu raja,tapi dengan Allah?Ingatkah kita,yang kita tetap seorang hamba walaupun kita raja?Tidak ada beza seseorang di sisi Allah melainkan iman dan takwanya...

Diriwayatkan dari Imam Ahmad dan Tarmizi,Rasulullah S.A.W bersabda kepada sahabat baginda “Malulah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar malu”.Dan Baginda mengulangi perkataan tersebut berulang-ulang kali.Para sahabat menjawab “Sesungguhnya kami telah malu,wahai Nabi Allah,alhamdulillah”.Maka Baginda bersabda kembali “Bukan itu aku maksudkan,kerana malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu adalah menjaga kepala dan apa yang ada di kepala,menjaga perut dan kandungannya,dan mengingati mati serta hari ditimpa bencana.Maka sesiapa melakukannya,maka dia telah malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu”.Kemudian,Baginda mengulang-ngulang kata-kata Baginda sehingga menangis para sahabat.

Kita seharusnya berasa malu kepada Allah lebih dari rasa malu kita kepada manusia.Sesetengah daripada kita,termasuk diri saya sendiri,kadang-kadang malu yang bukan pada tempatnya.Contohnya,ketika x faham apa yang diajarkan di kuliah,kita malu hendak bertanya,tetapi kita x malu untuk bercakap-cakap kosong di belakang pensyarah sewaktu dia sedang mengajar.Kita malu untuk menyumbangkan sedikit duit kepada peminta-peminta sedekah di tepi-tepi jalan,tetapi kita x malu untuk membazirkan duit kita untuk benda yang hanya memberi kepuasan nafsu kita.Kita malu,apabila orang berkata sesuatu keburukan diri kita,tertapi kita x malu apabila mengkritik orang lain di belakang dia.Kita malu untuk pergi ke kelas-kelas agama dan ilmu,dengan alasan “Aku belum bersedia”,tetapi kita x malu untuk menghabiskan masa hampir separuh hari untuk window shopping yang x mendatangkan manfaat.Banyak lagi contoh yang berkaitan dengannya.Ini semua memang tejadi dalam kehidupan seharian kita kan?Jangan bimbang,x salah kita mengakuinya.Sebagai muhasabah untuk diri kita.Ubatnya?Bukan paracetamol,bukan quinolone,bukan rifampin dan bukan segala jenis ubat yang dijual di pasaran,tetapi istighfar dan kembali ke jalanNya..


Berkata Saidatina A’isyah R.A “Sebaik-baik wanita ialah wanita Ansar,yang mana,malu tidak menegah mereka daripada bertanyakan tentang bab agama”

Satu hari telah pergi Umm Sulaim telah datang kepada Rasulullah S.A.W dan berkata “Sesungguhnya Allah tidak malu untuk menyatakan kebenaran,adakah seorang wanita perlu mandi wajib apabila dia bermimpi?” Sabda Rasulullah S.A.W “Ya,apabila dia melihat air(mani)” (Hadis Riwayat Bukhari)

Dua hadis di atas menunjukkan bahawa dalam menuntut ilmu kita x perlu untuk berasa malu bahkan perlu berlumba-lumba untuk mencari ilmu terutamanya ilmu agama.

Ramai orang berfikir bahawa sifat malu dan sederhana itu bermaksud mengelakkan diri daripada bercakap,walaupun dalam tujuan untuk menyatakan kebenaran,menegah kemungkaran atau untuk mempelajari hukum-hukum Allah.Ini adalah suatu konsep yang salah.Rasulullah S.A.W sendiri merupakan seorang yang pemalu, melebihi malunya seorang gadis yang berada di sebalik tirai., tetapi ini tidak menghalang Baginda untuk menegah kemungkaran.

Konklusinya, kita hendaklah meletakkan malu pada tempat yang sewajarnya, terutamanya dalam hubungan kita dengan Allah. Jangan bimbang jika kita malu atau dimalukan di dunia,tetapi bimbanglah jika kita dimalukan di hari pembalasan nanti. Wallahu’alam..

“Jangan malu untuk berubah,tetapi malulah untuk kekal dalam kelalaian”

“Malu itu cabang daripada iman”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Berkata Fudhil bin Iyad “Lima daripada tanda-tanda kecelakaan : Hati yang keras,keringnya mata(kerana terlalu sedikit menangis takutkan Allah),kurang rasa malu,cintakan dunia dan panjang cita-cita”



Rujukan : Kitab al-Fathu Mubin Bi Syarhi Arbai’in,Kitab al-Jawahir al-Lu’lu’iyah Fi Syarhi Arbai’in An-Nawawiyah dan Clarifying The Hidden Significance Of The Forty Nawawy Hadiths.

kiriman: akh al-mansourah

Sunday, February 10, 2008

PERSOALAN DEMI PERSOALAN






Assalamualaikum…

Saya sering tertanya apa yang boleh saya lakukan untuk membantu saudara-saudara seIslam kita di Palestin. Saya yakin ramai lagi rakan-rakan di luar sana yang juga turut diselubungi oleh pertanyaan yang sedemikian. Hendak turut mengangkat senjata agak mustahil kerana halangan-halangan tertentu. Sedih rasa dihati melihat penderitaan saudara-saudara kita di Palestin. Malah, bukan di Palestin sahaja, turut merasai sengsara saudara-saudara kita di tempat lain seperti Iraq, Afghanistan dan sebagainya. Fortunately, I found this song, Untukmu Palestin by Raihan. Then, alhamdulillah I got the answer for my question. I know what can we do in order to help them. How can I be so forgetful that Umat Islam have their own powerful weapon which is the Doa. Let me share with you the song. And I hope all of you can understand and realize what is the message behind this song that Raihan tries to deliver.

Berdzikirlah dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita dimakbulkan
Agar Palestin kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air
Kebenaran Al-Quran dan sunnah

Palestina kan dimiliki lagi
Ingatkan Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh

Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan menambahkan ketaqwaan
Pada Allah yang Maha Kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin...
Palestin...


Nah, sekarang sudah terang lagi bersuluh apa yang boleh kita lakukan untuk menegakkan kebenaran kan. Dan percayalah Allah sentiasa bersama mereka yang berada dalam landasan kebenaran.

Satu lagi persoalan yang sering bermain di fikiran saya ialah kenapa hanya dunia Islam yang menjadi sasaran pemusnahan? Kenapa harus mereka mengacau kedamaian kita sedangkan we’ve done nothing to them. Akhirnya, saya terbaca satu hadis Nabi Muhammad SAW mengenai perkara ini. Rupa-rupanya baginda Nabi telah mengetahui perkara ini akan menimpa umat Islam. Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengutuskan Rasulullah sebagai pembawa risalah kebenaran.

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda:
”Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya, ”Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab,”Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun kamu terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ’wahan’”. Seorang sahabat bertanya:” Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi menjawab: ”Cinta pada dunia dan takut mati.
(Hadis Riwayat Abu Daud)


Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta(1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum Muslimin itu sendiri, iaitulah dari penyakit ’wahan’ yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu ’cinta dunia’ dan ’takut mati’.

Kalau dilihat ekoran daripada penyakit ’wahan’ tersebut, bagaimana pejuang-pejuang Islam yang berpegang pada kalimah lailahaillAllah dapat dilahirkan??

Satu petikan yang ingin saya kongsi daripada novel Ketika Cinta Bertasbih yang sangat berbekas di hati saya ialah:

"La yukhriju asy syahwata illa khaufun muz’ijun aw syauqun muqliqun"
-Ibnu Athaillah-
Mksdnya: Tidak ada yang dpt mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu pada Allah yang membuat hati merana.

InsyaAllah, renungkan dan ambil sesuatu daripada kata-kata hikmah di atas.....

Wallahualam.

Sunday, January 27, 2008

KERANA SYAHADAH AKU DAEI



“ duhai sahabat, aku rindukan gerak bibirmu yang basah dengan kalam yang penuh peringatan, aku rindukan wajahmu yang bersih dan tenang yang mengingatkan aku kepada wajah ahli-ahli syurga, dan aku mengimpikan agar kita bisa berpimpinan menelusuri jalan dakwah dan tarbiyyah sehinggalah nafas yang terakhir”

EPILOG

“ saf, petang nanti kita ada usrah, jangan lupa datang ya” pesan saya ketika terserempak safiya di café mahallah.

“ erm, tengoklah, ana macam banyak sikit kerja hari ni, apa-apa nanti ana inform enti balik”. Risau juga saya kerana takut-takut saf tidak lagi datang usrah kali ini. Hampir tiga kali dia tidak hadir usrah dan setiap kali itu saya terserempaknya di café mahallah duduk-duduk bersembang dengan kawan-kawannya ketika perjalanan saya ke masjid untuk ke usrah.

Saya pujuk-ujuk hati bersangka baik. Mungkin lepas itu dia punya tugasan penting untuk disiapkan. Namun sebagai saudara seusrah, ikatan akidah yang ada ,sedikit sebanyak menjentik hati saya tentang perubahan sahabt ini. Safiya, bukan orang biasa,.
Alhamdulillah, latarbelakang agamanya cukup mantap. Pernah diasuh dan terdidik di sebuah sekolah agama yang terkenal dengan melahirkan pelajar-pelajar aktif berdakwah. Apatahlagi dengan penampilannya bertudung litup dan dia jugalah yang mula mengajak saya beusrah. Katanya tarbiyyah ini macam nasi, sehari tak makan tak senang perut.

Safiya!

Hinggalah suatu hari..
“ iz, ana nak keluar usrah, ni bukan tempat ana “ gemuruh darah saya mendengarnya dan saya berusaha mencari secebis ketenangan agar amarah saya tidak menguasai emosi.

TARBIYYAH DAN FUTUR

Tulisan kali ini adalah berdasarkan catatan pengalaman. Lama juga saya mengambil masa untuk menulis tentang tarbiyyah dan futur ini kerana ingin mencari hikmah yang sesuai bagi menasihati sahabt-sahabt yang sudah tergelincir daripada jalan tabiyyah, futur. Jika anda pernah berusrah, munkin anda pernah melalui situasi di atas atau pernah mendengarnya.

Futurkah kita?

Cuba kita renungkan beberapa situasi di bawah :

1) Seorang sahabat mengirim mesej mengajak kita ke suatu ceramah agama atau penyampaian tazkirah, namun kita tidak mengendahkannya kerana malas ataupun dirasakan tidak penting. peliknya, kita lebih suka hadiri gathering ataupun perjumpaan yang duduk sembang-sembang,ketawa-ketawa. Lebih-lebih lagi bila berikhtilat lelaki dan perempuan.

2) Kita diajak untuk bersama-sama qiamullail berjemaah di masjid. Namun kita berasa teramat berat dan memilih untuk bersedap-sedap di atas katil.

3) Kita diajak untuk menyertai usrah dan kita beralasan dengan banyak komitmen lain seperti study atau ‘bisnes’ yang konon menguntungkan kita.

4) Seorang sahabat mengajak kita berpuasa esok namun kita beralasan nanti sakit perut dan susah hendak study. Tetapi sebenarnya, hati ini terlalu taksub hendak makan.

5) Jika dahulu kitalah yang mengimarahkan surau dan masjid, tetapi sekarang hendak berdiri dalam satu saf untuk berjemaah sudah terasa liat untuk melakukannya. Apatahlagi suka-suka pula solat dihujung-hujung waktu kerana dapat terus tunggu waktu solat yang seterusnya

6) Jika dahulu dalam sehari kita rajin membaca al-qur’an, paling kurang satu muka. Namun lama-lama kita sudah asyik dengan buku-buku sampingan, komik dan main games, itukan lebih menyeronokkan kita daripada menghadap al-qur’an.

7) Apabila orang menasihati kita atau bercakap sikit tentang bab agama, kita sudah berasa mual dan tidak enak. Kononnya tidak mahu jadi jumud sangat, biar Nampak selamba asalkan perkara yang wajib dalam agama kita masih buat. Sudah yakinkah dengan hanya amalan wajib kita dapat masuk syurga Allah?

8) Kehidupan kita semakin tidak terurus dan menjadi lagha. Terlalu banyak ketawa dan senda gurau yang berlebihan . jarang sekali kita mengeluarkan kata-kata yang bermanfaat.

9) apabila kita dirisik cinta si dia, kita mula menjadi lemah kerana melayan si dia. Tidak kiralah mesej mahupun telefon. Hingga nikmat ukhuwah dengan sahabat sendiri terasa pahit tetapi ukwah dengan si dia kita labelkan inilah ukhwah fillah. Cinta islamik ini saudara.

10) Kita sudah mula berasa malas dan tidak serius dalam pelajaran. Tutorial dan assignment sering diambil remeh dan hati terasa berat untuk mengulangkaji pelajaran. Kemudian,sudah mula berfikir bagaimana dapat ponteng kelas.

KEMBALILAH SAHABAT..

Kita bukanlah malaikat yang sentiasa tetap level imannya. Saya juga pernah goyah dengan ujian-ujian dunia. Namun, jika kita terus memilih untuk terus futur dan tidak mahu berubah, tiada siapa yang dapat membantu diri kita lagi.

saya percaya, antara kita ada yang mula bersa insaf dan ingin kembali kepada jalan tarbiyyah. Namun, kita masih gagal kerana hati mula mengeras. Cahaya iman sudah tidak lut untuk menembusi hati. Ada penawarnya sahabat! Korbanlah! Korbanlah! Korbanlah segala kehendak hati yang banyaknya dihasut syaitan. Ambillah suatu waktu yang hening, sujudlah dan dakaplah Al-Qur’an ke dada dan bacalah Al-Qur’an dengan namaNya. Sesungguhnya

“selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah mendekati kita”
Marilah kita mula melangkah kepadaNya!

Thursday, January 24, 2008

SALAM UKHWAH SALAM WEBLOG!



Alhamdulillah,

setelah beberapa lama bertangguh-tangguh untuk menyiapkan blog rasmi bagi ikhwah dan akhawa, akhirnya saya berpeluang mencuri masa untuk menyiapkannya. maaf kepada sahabat-sahabat yang rajin bertanya kepada saya tentang kewujudan blog ini kereana mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.

insyaAllah, selagi mana kita punya medium untuk berdakwah, kita harus sama-sama mengeksplotasikannya untuk menyeru saudara-saudara seakidah kepada yang makrufdan mencegah yang mungkar. agar di akhirat kelat, kita tidak akan terkulat-kulat di hadapan Allah menjawab kepada penghakimanNya tentang apa usaha dakwah yang telah kita lakukan.

jadi, saya mewakili sahabat-sahabat memilih laman internet ini untuk memantapkan lagi gerakan dakwah dan mengukuhkan lagi tarbiyyah. harapnya, jika antum punya tulisan-tulisan atau idea yang bermanfaat untuk dipersembahkan di blog ini, boleh terus hubungi saya di emel :

zinnera_111@yahoo.com

insyaAllah, kita sama-sama dapat mengimarahkan blog ini dengan nuansa islami yang dapat mendidik jiwa.

wallahua'alam